Monday, November 22, 2010

Kuiz Merdeka





Program 10 Minit Membaca






Pusat sumber sekolah mempunyai peranan penting dalam menyokong sekolah dalam usaha membentuk komuniti berilmu, cemerlang dan gemilang. Pusat sumber sekolah perlu diperkasakan dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat utama bagi mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan. Selain itu, pelbagai aktiviti yang terancang dan berfokus boleh dilaksanakan bagi menggalakkan penggunaan pusat sumber secara sepenuhnya. Langkah ini akan dapat memupuk budaya ilmu dan meningkatkan kemahiran mencari maklumat serta membaca di  kalangan murid sekolah.

            Sehubungan itu, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya  akan melaksanakan satu program  iaitu Program Kem Membaca 1 Malaysia(B. Inggeris) peringkat Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya, Ulu Kinta. Program ini juga adalah merupakan salah satu daripada Program Gerakan Tabiat Membaca yang merupakan satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Semua pelajar perlu diberi ruang dan peluang tanpa mengira latar  keturunan mahupun taraf sosio ekonomi agar anak-anak dapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan memandangkan ilmu menjadi prasyarat dalam pembinaan tamadun bangsa.

Thursday, November 4, 2010

Kursus Bahasa Melayu Guru-guru Daerah Kinta Utara






Pusat sumber SK Pakatan Jaya telah dijadikan pusat kursus Bahasa Melayu bagi guru-guru Tahun Satu mata pelajaran Bahasa Melayu dari daerah Kinta Utara. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 & 26 Oktober 2010