Sejarah

PENGENALAN PUSAT SUMBER
            Pusat Sumber Sk Pakatan Jaya, Ulu Kinta merupakan sebuah pusat sumber sekolah yang baru dibuka pada 8 Jun 2009. Pada awalnya pusat sumber sekolah ini tidak mempunyai sebarang buku atau bahan  untuk rujukan murid-murid mahupun guru.
      Namun dalam bulan Julai  PPD Kinta telah berbesar hati menyumbangkan sejumlah buku dan bahan rujukan guru untuk Pusat Sumber SK Pakatan Jaya. Selain daripada itu dengan menggunakan peruntukkan Pusat Sumber  Sekolah sejumlah buku-buku dan bahan rujukan guru telah berjaya dibeli dari pembekal.
      Kesemua buku tersebut telah dimasukkan stok dan melalui proses teknik.
Walaupun peruntukkan buku-buku masih belum mencukupi , namun Pusat Sumber SK Pakatan Jaya telah pun membuka penggunaannya kepada murid-murid SK Pakatan Jaya. Murid-murid SK Pakatan Jaya boleh membaca buku dan mencari maklumat serta meminjam buku dari pusat sumber. 


  
Preview
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya @ SKPJ

Cogan kata: Merealisasikan Pendidikan Holistik

Logo ini diasaskan daripada gabungan huruf P dan J iaitu singkatan kepada
Pakatan Jaya, yang direka bentuk berpaksikan glob dalam menjulang kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan membina keperibadian sahsiah murid di persada marcapada. Ini menggambarkan kesiapsagaan warga SKPJ berjuang hingga ke peringkat global dan memaparkan nilai kesepakatan warga SKPJ untuk sentiasa menjaga dan mengharumkan nama SKPJ dalam menghadapi era globalisasi.
Empat jalur berwarna menggambarkan kesepakatn Kerajaan, Guru, Masyarakat dan Ibu bapa dalam “Merealisasikan Pendidikan Holistik”. Ia juga melambangkan satu hala tuju pengembelingan tenaga untuk menjayakan misi dan visi sekolah menghadapi cabaran globalisasi.
Warna Biru melambangkan Kesepakatan.
Warna Merah melambangkan Keberanian.
Warna Hijau melambangkan Keharmonian.
Warna Kuning menggambarkan Kedaulatan.

Huruf SKPJ dilingkari glob melambangkan pendidikan yang menyeluruh menjadi teras dalam melahirkan insan yang berfikiran positif, berinovatif, kritis dan kreatif dengan penguasaan teknologi maklumat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek berteraskan duniawi ke  arah ukhrawi

No comments:

Post a Comment