Thursday, March 18, 2010

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SKPJ 2010

Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SKPJ 2010:
Tarikh :  8 Februari 2010
Tempat : Dataran Perhimpunan SKPJ

Aturcara : 1. Ucapan Pengerusi Majlis
                2. Ucapan Guru Besar
                3. Penyerahan Watikah Perlantikan kepada para pengawas.
                4. Lafaz ikrar Pengawas Sekolah
                5. Lafaz ikrar Pengawas Pusat Sumber Sekolah.









PENGAWAS PUSAT SUMBER SKPJ 2010

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2010



Program Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 27 Februari 2010, bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.Kejayaan sesebuah sekolah bergantung penuh kepada pencapaian prestasi murid-muridnya. Prestasi ini merangkumi dari sudut akademik, sahsiah dan juga kokurikulum.Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya (SKPJ) yang beroperasi sepenuhnya bermula pada Mei 2009, amat mengambil berat tentang isu ini. terbinanya SKPJ adalah bermatlamatkan untuk membantu menampung kebanjiran murid-murid yang bersekolah di sekitar Bandar Ulu Kinta. Justeru itu, dapat dilihat bahawa murid-murid yang hadir ke sekolah baru, dengan membawa latar belakang budaya yang berbeza -beza.Menjadi satu tanggungjawab yang besar bagi warga pendidiknya untuk membudayakan semula murid-murid ini mengikut acuan budaya SKPJ.  SKPJ perlukan satu budaya sahaja bagi membolehkan visi sekolah ini dapat direalisasikan.Lantaran itu, pihak warga pendidik merasakan bahawa bertindak hanya sebelah pihak adalah amat mustahil. Bantuan daripada pihak murid itu sendiri amat diperlukan. Oleh itu, sekumpulan murid yang telah terpilih dan diyakini mempunyai pelbagai keistimewaan diharapkan dapat bertindak sebagai pembantu guru atau pemimpin kecil di sekolah. Mereka perlu diberi pelbagai kemahiran sebelum menjadi 'role model' kepada murid lain. Maka, Program Hari Kepimpinan amat perlu diadakan dan diikuti oleh pemimpin kecil ini bagi memberi keyakinan dan pendedahan kepada mereka sebelum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berat ini. Sekalung Budi dan ucapan setinggi - tinggi penghargaan kepada: Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Ipoh.Unit HEP Institut Pendidikan Guru, Kampus IpohGuru-guru dari Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin & Unit Pusat Sumber SKPJ.